18 Jun 2008

MENGENAI KETAM NIPAH

1. Cara untuk mendapatkan benih ketam nipah setakat ini ialah dengan cara menangkap ketam liar atau membeli dari pencari-pencari ketam yang beroperasi di kawasan nipah atau hutan bakau. Harga benih ketam diantara Rm 0.50 - 0.70 seekor dengan kuantiti berat badan 50 - 100gm.

2. Pemberian makan ketam yg termasuk golongan haiwan pemakan daging. Bahan makan untuk ketam mudah didapati. Makanan ketam ini berupa ikan cincang, siput, pelet dll. Pemberian makan dilakukan 2-3 kali sehari, yaitu: pagi, petang dan malam hari. Adapun dos pemberian makanan antara 5 – 15% dari perkiraan berat badan ketam yang dipelihara.

3. Ketam boleh dipasarkan apabila proses penggemukan ketam mencapai berat badan seekor 200gm ke atas. Untuk benih yg berat 100 gram dalam masa pemeliharaan 1,5 – 2 bulan sudah boleh mencapai berat badan (3–4 ekor/kg). Tapi apabila benih awal sudah mempunyai berat lebih dari 200 gram, maka masa pemeliharaan lebih singkat.

4. Ketam nipah/bakau yang sedang matang telur mempunyai harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Ketam sebelum diikat diletakkan ke dalam air bersih beberapa sketika. Setelah itu ketam nipah/bakau baru diikat kakinya dengan tali raffia kemudian dimasukkan ke dalam tong atau tempat lainnya yang diberi alas bawah dan penutup atasnya dari kain basah sebagai pelembab.

5. Pasaran ketam nipah/bakau setakat ini tidak ada masalah. Bahkan permintaan tempatan belum cukup. Mengenai harga pada umumnya tergantung di mana ia dipasarkan diantara Rm 15.00 hingga Rm 25.00. dengan size 3 -4 per kg.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, saya berminat nak mengetahui lebih lanjut pasal ketam nipah.. kat mana bleh saya boleh dapatkan benih ketam nipah... berape harga dia sekilo.. saiz utk seekor benih ketam nipah dalam berape gram?

Tanpa Nama berkata...

kami menjual benih ketam nipah...saiz 5mm ,harga seekor rm0.40.. berminat sila hubungi 017-9463491 (hariz) untuk maklumat lanjut