24 Jun 2008

TEMPAHAN BENIH SIAKAP

1. 1 inci - Rm 0.25 seekor - minima 30,000 ekor

2. 2 - 3 inci Rm 0.80 seekor - minima 5,000 ekor

3. 3 - 4 inci Rm 1.30 seekor - minima 5,000 ekor

4. 4 - 5 inci Rm 1.80 seekor - minima 5,000 ekor


HARGA TERMASUK TRANSPOT (SEMENANJUNG MALAYSIA)

HARGA BOLEH RUNDING.

berminat sila hubungi:

Mohamad

tel : 0199859804
emel :
http://www.awemat67@yahoo.com.my

Ternakan Ikan Siakap

Ternakan Ikan Siakap Dalam Sangkar PPK Pelagat

Encik Ahmad Nordin b. Che Wan Mat, ahli PPK Pelagat,Besut, Terengganu telah memulakan projek ternakan ikan siakap dalam sangkar ini semenjak bulan Februari 2005. Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau telah memasang 140 buah sangkar untuk menternak ikan siakap. Secara purata, terdapat 500 ekor ikan bagi setiap sangkar yang telah dimasukkan secara berperingkat semenjak bulan Mei 2005.
Bermula bulan Mei 2006 iaitu selepas 8 bulan pemeliharaan, ikan siakap yang matang akan mula dituai secara berperingkat mengikut gred yang telah ditetapkan untuk dijual kepada peraih tetap. Mengikut perancangan, sebanyak 5 tan metrik ikan akan dituai setiap minggu, dimana setiap ekor ikan telah mencapai berat sehingga 1.2 kg seekor. Pada masa kini, harga ikan siakap di pasaran adalah antara RM10 - RM12 sekilogram. Beliau tidak menghadapi sebarang masalah pemasaran kerana pada masa kini permintaan ikan siakap adalah sangat tinggi dan urusniaga di peringkat sangkar.
Encik Ahmad Nordin adalah seorang usahawan yang berpandangan jauh dan berdaya maju. Beliau amat yakin projek ini berpotensi tinggi, oleh itu beliau telah mendapat kebenaran menggunakan secara TOL tanah Kerajaan seluas 50 ekar untuk tujuan pembinaan 90 buah kolam tambahan. Bermula bulan Mei 2006 beliau telah menggunakan 40 buah kolam tambahan tersebut untuk asuhan anak ikan siakap yang berukuran 2 inci sehingga mencapai berat 500 gram sebelum dipindahkan ke dalam sangkar. Anak ikan siakap ini bukan sahaja untuk kegunaan sangkar beliau sendiri, tetapi turut dijual kepada pengusaha yang berminat mendapatkan bekalan anak ikan.
Ternakan ikan dalam sangkar En. Ahmad Nordin Bin Che Wan Mat mempunyai prestasi fizikal yang baik. Perancangan usahawan melaksanakan projek kolam asuhan memungkinkan projek ini untuk berkembang.
Pembinaan sangkar dan kolam asuhan telah melibatkan kos melebihi RM1 juta. Jangkaan hasil yang akan diperolehi oleh Encik Ahmad Nordin adalah sebanyak RM672,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM134,400 sepusingan. Secara purata beliau mampu meraih pendapatan bersih sebanyak RM11,000 sebulan.

23 Jun 2008

HUKUM MAKAN KETAM NIPAH/BAKAU

Soalan
:

apakah hukum memakan ketam nipah? ada dua pendapat yang pertama hukummya boleh dimakan oleh orang islam dan pendapat kedua mengatakan hukumnya haram dimakan oleh orang islam kerana hidup di dua alam yakni darat dan air.. Minta jelaskan.sekian..tq.

Jawapan
:

Ketam Nipah bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.Kehidupan ketam Nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang 2 atau 3 hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Oleh itu dari segi hukum Ketam Nipah adalah binatang yang boleh dimakan..

Status
:
Selesai - Paparan Web.
.
Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 280807

IKAN KERAPU

Petikan dari akhbar .

BESUT. TERENGGANU

-- Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik.Ramai lebih menggemari ikan laut yang lain seperti Aya, Tamban, Tenggiri, Bawal, Selar Kuning dan Selayang.Namun kini keadaan itu berbeza kerana spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun 2010.Jabatan Perikanan mengenal pasti Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus sebagai antara spesies ikan yang berpotensi untuk diusahakan oleh penternak ikan dalam kolam dan sangkar di negara ini secara besar-besaran berdasarkan pasaran dan cara pemeliharaan yang lebih mudah serta sesuai dengan iklim negara.Kerapu terdiri daripada pelbagai jenis -- badan yang berbintik dan berbelang-belang ialah Kerapu Hijau (Epinephelus Coioides) .Manakala antara jenis yang lain ialah Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus), Kerapu Pisang (Plectropomus Leopardus), Kerapu Sunoh (Plectropomus Maculatus) dan Kerapu Tikus (Cromeleptis Altivelis).KERAPU KERTANGBagaimanapun Jabatan Perikanan telah memilih Kerapu Kertang (Epinephelus Lanceolatus) untuk dikomersialkan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut memandangkan ia merupakan antara spesies mempunyai nilai komersial yang tinggi.Ketua PPPIL Tanjung Demong Hussin Mat Ali berkata pusat itu mensasarkan untuk mengeluarkan ikan tersebut sebanyak 122,000 tan metrik sebelum 2010.Bagi memastikan sasaran itu tercapai, pihaknya terpaksa menghasilkan 100 juta benih spesies kerapu daripada 2,200 bilangan ikan induk bagi membolehkan ia diedarkan kepada penternak di seluruh negara dalam tempoh tersebut."Spesies ikan kerapu hidup hampir di keseluruhan perairan dunia itu dan ia dipilih memandangkan pasarannya yang kompetitif hanya dengan kos minimum berbanding spesies ikan marin yang lain yang memerlukan kos yang tinggi." katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.TIDAK BANYAK MASALAHMenurut Hussin, proses pembenihan dan penjagaan spesies kerapu tidak menimbulkan banyak masalah kerana ia boleh diternak melalui sistem dalam tangki tertutup atau dalam kolam air yang terkawal.Beliau berkata, kerapu kertang pula mampu membesar sehingga 40 kg dalam tempoh yang singkat dan ia boleh dipasarkan sebaik sahaja mencapai keberatan 1.5 kg dengan harga RM60-RM70 setiap satu kg."Buat masa ini PPPIL mempunyai lebih 30 induk kerapu Kertang yang setiap satu beratnya melebihi 40 kg untuk tujuan pembenihan," katanya.Selain kerapu, PPPIL juga sedang berusaha menyediakan 100 juta benih dari 4,000 induk ikan Siakap, 150 juta benih dari 6,000 induk ikan Merah dan 50 juta benih dari 400 ekor induk ikan Cobia.Dianggarkan Terengganu pada masa kini mempunyai seramai 150 penternak ikan marin laut yang menggunakan sistem ternakan sangkar yang berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan seorang.Penggunaan teknologi baru iaitu teknologi hatchery dan ternakan ikan marin berasaskan akuakultur kitar semula (Recirculating Aquaculture System) dijangka mampu menambahkan lagi pendapatan mereka kerana produk akuakultur ikan marin mencapai harga pasaran yang lebih tinggi khususnya di Eropah.PENYELIDIKANMengimbas kembali aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia, Hussin berkata ia telah diasaskan sejak awal tahun 70-an lagi.Bagaimanapun pembangunan industri itu agak lembab sehinggalah pada tahun 1980-an, menyebabkan wujudnya jurang permintaan dan bekalan benih ikan marin tempatan yang begitu ketara sekali sehingga kebanyakan pengusaha hatchery enggan melibatkan diri dalam bidang tersebut.Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan penternak lebih suka mendapatkan benih-benih import yang terdedah dengan ancaman pelbagai jenis penyakit serta sukar dikawal.Menyedari hakikat ini Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) pada 1982.Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada 1984.

18 Jun 2008

MENGENAI KETAM NIPAH

1. Cara untuk mendapatkan benih ketam nipah setakat ini ialah dengan cara menangkap ketam liar atau membeli dari pencari-pencari ketam yang beroperasi di kawasan nipah atau hutan bakau. Harga benih ketam diantara Rm 0.50 - 0.70 seekor dengan kuantiti berat badan 50 - 100gm.

2. Pemberian makan ketam yg termasuk golongan haiwan pemakan daging. Bahan makan untuk ketam mudah didapati. Makanan ketam ini berupa ikan cincang, siput, pelet dll. Pemberian makan dilakukan 2-3 kali sehari, yaitu: pagi, petang dan malam hari. Adapun dos pemberian makanan antara 5 – 15% dari perkiraan berat badan ketam yang dipelihara.

3. Ketam boleh dipasarkan apabila proses penggemukan ketam mencapai berat badan seekor 200gm ke atas. Untuk benih yg berat 100 gram dalam masa pemeliharaan 1,5 – 2 bulan sudah boleh mencapai berat badan (3–4 ekor/kg). Tapi apabila benih awal sudah mempunyai berat lebih dari 200 gram, maka masa pemeliharaan lebih singkat.

4. Ketam nipah/bakau yang sedang matang telur mempunyai harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Ketam sebelum diikat diletakkan ke dalam air bersih beberapa sketika. Setelah itu ketam nipah/bakau baru diikat kakinya dengan tali raffia kemudian dimasukkan ke dalam tong atau tempat lainnya yang diberi alas bawah dan penutup atasnya dari kain basah sebagai pelembab.

5. Pasaran ketam nipah/bakau setakat ini tidak ada masalah. Bahkan permintaan tempatan belum cukup. Mengenai harga pada umumnya tergantung di mana ia dipasarkan diantara Rm 15.00 hingga Rm 25.00. dengan size 3 -4 per kg.